MALENA

time have past, and i've slept with many women.and as they held me close....
and asked if i will remember them, i've said, "yes, i will remember you".
but the only one i've never forgotten,
IS THE ONE WHO NEVER ASKED.....

Khamis, 11 Disember 2008

KULIT BELAKANG SEKALI

JEMPUT DATANG KE RUMAH BARU AKU.

TAK PAYAH MAP.SEKARANG PAKAI GPS JE SENANG.

JANGAN BUAT ONAR TAU.

masih dalam process renovation.tapi bolehlah datang jenguk.aku hidang kopi bujang je.

aku di sini ----> teratakindahditepijalandilerengbukitdihujungpekan.

Rabu, 10 Disember 2008

EPILOG..............

BLOG INI DAH SAMPAI KE MUKA SURAT TERAKHIR..

muka surat terakhir yang sepatutnya happy ending..tapi ini bukan novel.bukan Ahadiat Akasyah punya cerita.

bukan kisah Kasyah Khairuddin

bukan cerita cinta Sidaratul Dursina

bukan kisah cinta Ryan Iskandar...

jumpa lagi semua...tak pasti bila.

kepada Ainfazrin,
dont worry beb, nnt aku sound yusof haslam tu.biar die ringankan keje ko.pssstt..syamsul dah clash dengan diana.time ni sesuai aku masuk line ni.hehe.
nanti jumpa.sama tuty.sama zizan.sama nani.

Bayne,
beb, aku memang happy sangat2 dengan ko.tell you what, you deserve him.1st time kita hangout, malam tu aku tido sana kan.aku ada cakap ngan dia, ko memang sesuai buat jodoh.korang ni memang complete each other.jangan pikir pasal past lagi yang.just go forward.jangan konar-konar ok.seronok tengok korang happy giler..munajat cinta korang very sweet.nanti kita hangout sama-sama.aku bawak ain sekali.

king,
ini satu-satunya lelaki yang selalu bersuara disini.beb, gudluck lu punya study.and life..gua nak mempraktikkan hikmat peralihan perhatian.nanti ajar gua ok.sampaikan kiss gua pada the guluks.

pieja,
serius masa sekolah ko benci aku kan.heheh..aku tak kisah la.aku just terkilan bila ramai kata aku playboy, padahal yang ramai tulah duk bertukar-tukar.6 tahun lebih beb aku bertahan.heheh..sekarang aku dah tak tahan.

nuin,
sorry nuin.sorry sesangat..kekadang aku bagi pendapat yang bias..sebab kengkawan aku.sebenarnya memang tak salah kita memilih mana yang terbaik untuk kita.selagi ada peluang memilih, baik pilih.betul atau salah pilihan tu bukan persoalan.sebab melalui pilihan tulah kita mewarnai jalan hidup kita.takde betul atau salah.so sorry ok.

silent readers,
HAIIIIII!!!!! hehehe..mungkin korang pening tengok turun naik hormon aku.kejap semangat, kejap cam palat.takpalah..peduli apa kan.


sayonara......


Dan
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Di mana kau bisa bercanda

Dan
Perlahan kau pun
Lupakan aku mimpi buruk mu
Dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kau pun menangis menangis sedih
Maafkan aku

Dan
Bukan maksud ku
Bukan ingin ku melukaimu
Sedarkah kau di siniku pun terluka
Melupakanmu menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala

LOS DAN FAUN


aku benci dengan cerita lara seperti post dibawah.jadi aku tambah satu lagi untuk hepi-hepi.


korang suka tengok detective conan tak? ala, penyiasat remaja sinichi kudo tu.kalau korang suka conan, korang jugak akan suka cerita ni.

baru tadi tonton citer ni.sebagai penonton, gua tergelak terbahak-bahak sampai mengganggu penonton lain.dari awal sampai abis.sakit perut aku.

kali ni, afdlin membawa komedi penyiasatan yang lain dari apa yang korang dapat tonton dalam filem malaysia.memang luar kotaklah.dan dengan beraninya afdlin mengangkat adlin aman ramli jadi hero.belum pernah pelakon prolifik(chewah) ini diangkat memegang watak utama.aku memang suka adlin.err..semua pelakon dalam citer ni lah.ada soffi jikan, rizman khuzaimi, khairiah, din beramboi, khir rahman, stephen rahman, AC mizal...hehe ni sumer extra je.

kali pertama rasenye afdlin tak berlakon dalam filem dia sendiri.ade la 3, 4 scene die ade.

mengisahkan tentang 2 orang private investigator yang mengambil upah mencari barang hilang.suatu hari telah diupah oleh puan Jasmin(erra fazira) untuk mencari jam tangan arwah suaminya, tuan soffar sogood.jam tu bernilai rm40 juta!!!(tapi masa auction,rm10 juta je).citer pasal cari jam je pon, boleh jadi filem.heheh.memang genius la abang afdlin ni.

komen aku.tontonlah di pawagam berdekatan anda.kalau malas nak beratur, pegilah ke MBO galaxi Ampang.orang tak ramai situ..memang menghiburkan.walaupun kisah penyiasatan, xde suspen pun.tak payah berfikir pun.gelak je lah sampai brader seat sebelah marah.

part paling aku tak tahan.lawak brockback mountain.hahahaha..errk,2 orang brader sebelah aku tadi senyap je masa scene ni.tak gelak pun.diorang terase kot.yang aku suke sangat lawak ni pulak apehal?(ah sudah la dah)

lawak karektor yang best..ida nerina sebagai GRO sengau yang bercita-cita nak jadi magician

khir rahman memang sial..kan! kan!haa, ini yang kite tak tau..


selalu nampak abang afdlin kat NZ bawah tu.nak approach kang, tak macho la pulak kan. takkan nak cakap,"bang, nenek saya minat betul dgn abang".
dalam vision board aku ada tulis nak berlakon dengan afdlin shauki.sebelum aku mati, aku akan pastikan dapat gak.

AKU, MANUSIA DAN HIDUP

manusia,
satu-satunya makhluk berakal diatas bumi ni.
cimpanzi, gajah, ikan lumba-lumba...betulkah mampu berfikir juga?
entah!


hidup,
hidup manusia berfasa
bergerak dari point A ke B ke C ke D dan seterusnya
punya matlamat, punya cita-cita
meningkat dari satu stage ke stage seterusnya.
matang dan semakin matang
mengumpul pengalaman dan jadi bijaksana
hari ini bermula dan esok berjaya
jatuh sekali dan beringat, jadi pedoman...


aku,
graf hidup aku semakin ke bawah
bertahun-tahun berlalu aku masih takat tu
jatuh dan terus jatuh
di bawah dan terus di bawah
aku dah penat...
aku dah penat jadi beban
tolonglah...aku ingin terbang...
tolonglah paham...tolong lepaskan..


aku ingin hidup kembali...



istikharah........

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib."

Khamis, 4 Disember 2008

URUT-MENGURUT

beberapa hari yang lepas..kerja agak tensen.aku dengan fairuz.sampai tengahari belum ada sales..biasalah..dalam diari salesman, pasti ada hari suwey..pasti akan selalu ada..

lepas lunch, fairuz ajak pergi urut.oh ya, fairuz nikah malam ni di rumah pengantin perempuan ni Puncak Setiawangsa.nak kawin mesti urut dulu kan.so, aku kena follow.sebelum ni aku tak pernah pun pergi urut.kecuali suruh adik aku pijak atas belakang aku.

so kitorang pergilah ke rumah sorang wak ni.dekat hulu ampang.depan sikit lagi dari Carrefoure Ampang.sampai je rumah wak tu Fairuz terus tido dulu.so, turn aku la first.

wak suruh bukak semua, die bagi kain pelikat.aku bukak semua kecuali spender.waktu kerja aku terpaksa pakai spender.kalo tak jangan harap aku pakai.tak bebas langsung..aku sarung kain pelikat dan terus meniarap.

sebenarnya aku cuak.cuak sangat2.wak mulakan urutan dari kaki.lutut ke bawah.rasanya best.tapi kekadang macam ringan je kaki nak sepak wak tu.waktu dia urut urat belakang lutut.kemudian wak selak kain aku, die londehkan spender aku.aku bertambah cuak.nasib baik wak masih tetap mengurut seperti biasa.aku cuak kalo tiba-tiba ada benda tumpul bermain-main di bontot pejal aku.nasib baik benda tumpul yang ada cuma jari wak.dia urut dari pinggang ke lutut pulak.aku cuma pejam mata...segan...lelaki mengurut2 bontot aku...haipp..jangan imagine lebih-lebih.. kemudian bahagian belakang.best betul wak ni urut.

lebih kurang 45 minit, wak suruh aku baring terlentang pulak.aku jadi cuak semula.dia urut kaki bahagian hadapan pulak.wak urut kaki hingga ke pinggang bahagian depan.jadi,kain aku dilucutkan.cuma tinggal spender.segala urat di celah-celah kelangkang aku diurut.kekadang terlalu hampir dengan burung aku.aku pejam mata je sambil sesekali mendengus menahan sakit.aku cuak juga kalau tiba-tiba burung aku terasa basah dan suam.selesai bahagian pinggang ke bawah, tiba-tiba wak tanya,
yang ini ngak mau urut?
sambil tunjuk ke arah burung aku..

takpalah wak.tak payah.belum mahu guna..

aku tersengih menjawab..wak pun terus urut bahagian perut, dada dan lengan aku.

last sekali wak suruh aku duduk.urut bahagian belakang sambil membaca doa-doa.hembus-hembus...last sekali wak kata..
okeh..insya allah sehat walafiat

badan aku rasa betul-betul ringan.hampir sejam setengah jugak la wak tu urut aku.giliran Fairuz pulak.dia mintak urut semua.urut Power Ranger sekali.sebab malam ni dia nikah.

nak balik, aku salam dengan wak sambil hulur 20 hengget.sepatutnya lebih lagi...lain kalilah.kalau aku pergi lagi aku bayar lebih sikit.kalau tanya berapa, wak akan cakap 45 ringgit.hehe.petua Fairuz, jangan tanya.bagi je ikut ikhlas.

ada sesiapa nak pergi berurut? aku boleh bawak jumpa wak.err..lelaki sahaja ok.aku rasa wak tu tak urut perempuan.perempuan kalau nak berurut, kontek aku sudah..haha..